Posts

Takhta Permaisuri (Altar Cinta 2)

Image
Tajuk buku : Takhta Permaisuri (Altar Cinta 2) Nama penulis : Jibrail Dzafri & Nawzil Alexander Penerbit : alfarikh empire Halaman : 121 helai (tidak termasuk kulit buku) Harga : RM13 Muka hadapan  Muka belakang / sinopsis Pandangan sisi/ketebalan Alhamdulillah, selesai sudah bacaan saya pada kali ini, iaitu sambungan bagi Altar Cinta.  Sebaik sahaja pembaca melihat tajuk dan kulit buku ini lalu mengaitkannya dengan Altar Cinta, pasti pembaca sudah dapat agak apakah yang akan berlaku dalam Takhta Permaisuri ini bukan? Ya, perebutan kuasa! Takhta Permaisuri memfokuskan kepada usaha Ratu Vianna untuk menghapuskan anak tirinya iaitu Puteri Bintang Utara (Eva Natasha) supaya beliau dapat meneruskan agenda jahatnya untuk menguasai Kota Limdrosia. Walaupun Ratu Vianna ialah ibu tirinya, namun Puteri Bintang Utara sangat membenci wanita itu kerana dia merupakan seorang yang penuh dengan muslihat dan sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-citanya untuk menjadi manusia yan...

Altar Cinta

Image
Tajuk buku : Altar Cinta Penulis : Jibrail Dzafri dan Nawzil Alexander Penerbit : alfarikh empire Jumlah muka surat : 108 helai (tidak termasuk kulit buku) Muka hadapan Muka belakang / sinopsis Pandangan sisi / ketebalan Alhamdulillah, selesai sudah pembacaan saya untuk buku yang bertajuk 'Altar Cinta', iaitu judul yang pertama dalam trilogi Altar Cinta sebelum disusuli dengan tajuk Takhta Permaisuri dan Bidadari dari Syurga. Walaupun ini merupakan sebuah trilogi, namun untuk post kali ini, saya hanya akan menumpukan pada Altar Cinta sahaja dulu, okey? 😉 Dalam naskahnya kali ini, Jibrail Dzafri bersama penulis gandingannya iaitu Nawzil Alexander membawakan tema perebutan kuasa dan cinta sebagai taruhan kepada para pembaca. Pasti ramai yang tertanya-tanya, apakah maksud Altar Cinta? Secara harfiah, altar adalah tempat mempersembahkan pemujaan, manakala cinta pula adalah sebuah perasaan atau rasa kasih-sayang antara seorang lelaki dan perempuan atau te...

Aku Bukan Nabi (Edisi Kemas kini)

Image
Muka hadapan Muka belakang / sinopsis Pandangan sisi / ketebalan Tajuk buku : Aku Bukan Nabi Penulis : Jibrail Dzafri Penerbit : alfarikh empire Harga : RM15 Halaman : 122 helai (tidak termasuk kulit buku) Alhamdulillah, selesai sudah pembacaan saya untuk buku yang bertajuk 'Aku Bukan Nabi' tulisan Jibrail Dzafri. Secara ringkas, buku ini menceritakan tentang Zafrul, seorang pelajar yang nakal di sekolah dan sering menyusahkan hati ibu bapanya. Dia akhirnya dihantar masuk ke pusat tahfiz kerana ibu bapanya memikirkan bahawa itu lah jalan yang terbaik untuk Zafrul kembali ke pangkal jalan. Pada awalnya, Zafrul tidak dapat menerima hakikat bahawa dia terpaksa bersekolah di situ selama tiga tahun. Namun, lama-kelamaan dia mula membiasakan diri dan mempunyai sahabat-sahabat baharu iaitu Irfan dan Adam. Walaupun Zafrul akhirnya menerima hidayah dan berjaya menjadi orang yang lebih baik, namun berlaku beberapa peristiwa lain yang menyebabkan dia akhirny...