Altar Cinta
Tajuk buku : Altar Cinta Penulis : Jibrail Dzafri dan Nawzil Alexander Penerbit : alfarikh empire Jumlah muka surat : 108 helai (tidak termasuk kulit buku) Muka hadapan Muka belakang / sinopsis Pandangan sisi / ketebalan Alhamdulillah, selesai sudah pembacaan saya untuk buku yang bertajuk 'Altar Cinta', iaitu judul yang pertama dalam trilogi Altar Cinta sebelum disusuli dengan tajuk Takhta Permaisuri dan Bidadari dari Syurga. Walaupun ini merupakan sebuah trilogi, namun untuk post kali ini, saya hanya akan menumpukan pada Altar Cinta sahaja dulu, okey? 😉 Dalam naskahnya kali ini, Jibrail Dzafri bersama penulis gandingannya iaitu Nawzil Alexander membawakan tema perebutan kuasa dan cinta sebagai taruhan kepada para pembaca. Pasti ramai yang tertanya-tanya, apakah maksud Altar Cinta? Secara harfiah, altar adalah tempat mempersembahkan pemujaan, manakala cinta pula adalah sebuah perasaan atau rasa kasih-sayang antara seorang lelaki dan perempuan atau te...