Posts

Showing posts from July, 2020

Takhta Permaisuri (Altar Cinta 2)

Image
Tajuk buku : Takhta Permaisuri (Altar Cinta 2) Nama penulis : Jibrail Dzafri & Nawzil Alexander Penerbit : alfarikh empire Halaman : 121 helai (tidak termasuk kulit buku) Harga : RM13 Muka hadapan  Muka belakang / sinopsis Pandangan sisi/ketebalan Alhamdulillah, selesai sudah bacaan saya pada kali ini, iaitu sambungan bagi Altar Cinta.  Sebaik sahaja pembaca melihat tajuk dan kulit buku ini lalu mengaitkannya dengan Altar Cinta, pasti pembaca sudah dapat agak apakah yang akan berlaku dalam Takhta Permaisuri ini bukan? Ya, perebutan kuasa! Takhta Permaisuri memfokuskan kepada usaha Ratu Vianna untuk menghapuskan anak tirinya iaitu Puteri Bintang Utara (Eva Natasha) supaya beliau dapat meneruskan agenda jahatnya untuk menguasai Kota Limdrosia. Walaupun Ratu Vianna ialah ibu tirinya, namun Puteri Bintang Utara sangat membenci wanita itu kerana dia merupakan seorang yang penuh dengan muslihat dan sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-citanya untuk menjadi manusia yan...