Aku Bukan Nabi (Edisi Kemas kini)
![]() |
| Muka hadapan |
![]() |
| Muka belakang / sinopsis |
![]() |
| Pandangan sisi / ketebalan Tajuk buku : Aku Bukan Nabi Penulis : Jibrail Dzafri Penerbit : alfarikh empire Harga : RM15 Halaman : 122 helai (tidak termasuk kulit buku) |
Alhamdulillah, selesai sudah pembacaan saya untuk buku yang bertajuk 'Aku Bukan Nabi' tulisan Jibrail Dzafri.
Secara ringkas, buku ini menceritakan tentang Zafrul, seorang pelajar yang nakal di sekolah dan sering menyusahkan hati ibu bapanya. Dia akhirnya dihantar masuk ke pusat tahfiz kerana ibu bapanya memikirkan bahawa itu lah jalan yang terbaik untuk Zafrul kembali ke pangkal jalan. Pada awalnya, Zafrul tidak dapat menerima hakikat bahawa dia terpaksa bersekolah di situ selama tiga tahun. Namun, lama-kelamaan dia mula membiasakan diri dan mempunyai sahabat-sahabat baharu iaitu Irfan dan Adam. Walaupun Zafrul akhirnya menerima hidayah dan berjaya menjadi orang yang lebih baik, namun berlaku beberapa peristiwa lain yang menyebabkan dia akhirnya kembali ke jalan yang salah. Apakah sebenarnya peristiwa-peristiwa tersebut? Sempatkah Zafrul bertaubat dan menagih kasih ibu bapanya kembali? Siapa pula Nur Munirah dan apakah yang berlaku terhadap persahabatan Zafrul dengan dua orang sahabatnya? Untuk mengetahui jawapannya, boleh lah tuan-tuan dan puan-puan dapatkan buku ini dengan segera!
Pada pendapat saya yang lebih gemar membaca buku dengan ketebalan minimum 250 muka surat, buku ini tidak cukup memuaskan hati saya. Mungkin buku ini lebih sesuai dibaca oleh golongan remaja atau untuk bacaan santai. Namun, golongan dewasa juga boleh membaca buku ini.
Dengan tajuknya Aku Bukan Nabi, semestinya saya mengharapkan jalan cerita yang lebih mendebarkan dan mempunyai klimaks yang membuatkan saya tidak senang duduk ataupun sekurang-kurangnya akan membuatkan saya rasa tidak sabar untuk mengetahui pengakhirannya. Namun, saya secara peribadi merasakan bahawa penulis belum sampai ke tahap itu, atau mungkin penulis memang berniat untuk tidak memberatkan emosi pembaca dengan jalan cerita yang sedemikian.
Namun begitu, buku ini berjaya menyedarkan saya bahawa betapa pentingnya redha ibu bapa dalam setiap perbuatan kita, hatta untuk menyambung pelajaran sekali pun. Tanpa redha ibu bapa, tiadalah redha Illahi; tanpa redha Illahi, pasti lah sukar untuk kita meneruskan kehidupan ini walau sehebat mana pun kita.
Selain itu, saya sangat terharu dengan tindakan Haji Sulaiman yang sentiasa menasihati Pak Mustakim (bapa Zafrul) agar tidak tersilap percaturan dalam mendidik anak tunggalnya itu. Sebenarnya, Haji Sulaiman lah yang mengusulkan cadangan agar Zafrul dihantar ke pusat tahfiz untuk memperbaiki akhlaknya. Ternyata, tindakan itu adalah sangat tepat sekali. Melalui situasi ini kita dapat melihat bahawa sahabat yang baik pasti menginginkan yang terbaik juga untuk kita.
Akhir sekali, sebagai seorang anak, saya percaya bahawa buku ini sedikit sebanyak dapat membuka mata kita tentang pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan kita. Memang benar bahawa fasa remaja merupakan satu tempoh yang sangat kritikal kerana pada fasa ini lah kita mula memberontak apabila keinginan kita tidak didengari dan dipenuhi oleh ibu bapa. Namun, sebagai anak, kita juga haruslah berfikiran rasional dan tidak mengikut kata hati semata-mata kerana kelak boleh membawa padah terhadap diri sendiri.
Itu sahaja pendapat saya untuk buku ini. Semoga pembaca mendapat ibrah daripada buku ini, inshaaAllah.
Assalamualaikum π❣
P/s Saya yakin, selesai sahaja tuan² dan puan² membaca buku ini, pasti tuan² puan² akhirnya faham kenapa pakaian lelaki pada kulit buku ini berselang-seli antara t-shirt dan jubah kan? π€
P/s Saya yakin, selesai sahaja tuan² dan puan² membaca buku ini, pasti tuan² puan² akhirnya faham kenapa pakaian lelaki pada kulit buku ini berselang-seli antara t-shirt dan jubah kan? π€



Cantiklah cover buku ni π anyway kemas sangat cara kak Farah susun atur ayat untuk buat resensi buku ni. Keep it up! Waiting for your next post hehe π
ReplyDeleteAlhamdulillah thank you farhahh ❣ inshaaAllah kak farah akan improve lagi utk masa depan. And thank you too sbb mention psl cover bukuu, now i know what to add on π
DeleteHahaha almost welcome kak! /campak cinta/
DeleteGood job dear! Keep it up. Next post pls
ReplyDeleteAwww thank you sabbb π❣
DeleteWauuu cayaaa la Pali.. Nanti buat lagi tau.. Ain doa kan one day jadi penulis n keluar kan buku sendiri nantiπ
ReplyDeleteThank you so much ain for your support π₯Ίπ₯Ί farah pun berdoa semoga satu hari nanti farah dpt terbitkan buku farah sendiri. Terima kasih atas doanya ainnn π₯°π₯°
Delete