Altar Cinta
Tajuk buku : Altar Cinta Penulis : Jibrail Dzafri dan Nawzil Alexander Penerbit : alfarikh empire Jumlah muka surat : 108 helai (tidak termasuk kulit buku) ![]() |
| Muka hadapan |
![]() |
| Muka belakang / sinopsis |
![]() |
| Pandangan sisi / ketebalan |
Alhamdulillah, selesai sudah pembacaan saya untuk buku yang bertajuk 'Altar Cinta', iaitu judul yang pertama dalam trilogi Altar Cinta sebelum disusuli dengan tajuk Takhta Permaisuri dan Bidadari dari Syurga. Walaupun ini merupakan sebuah trilogi, namun untuk post kali ini, saya hanya akan menumpukan pada Altar Cinta sahaja dulu, okey? 😉
Dalam naskahnya kali ini, Jibrail Dzafri bersama penulis gandingannya iaitu Nawzil Alexander membawakan tema perebutan kuasa dan cinta sebagai taruhan kepada para pembaca. Pasti ramai yang tertanya-tanya, apakah maksud Altar Cinta? Secara harfiah, altar adalah tempat mempersembahkan pemujaan, manakala cinta pula adalah sebuah perasaan atau rasa kasih-sayang antara seorang lelaki dan perempuan atau terhadap negara, ibu bapa, kebebasan dan lain-lain. Kalau altar cinta, apa pula maksudnya? Sejujurnya, saya juga masih belum dapat menjawab soalan ini, kerana mungkin pada akhir trilogi ini baru kita dapat memahami apa itu sebenarnya altar cinta yang dimaksudkan oleh penulis. Menarik juga tajuk buku ini, kan?
Terdapat pelbagai watak hitam dan putih yang diwujudkan oleh penulis dalam buku ini seperti Jazarul, Fajjar, Akil, Sufi, Eva Natasha, Demang Wali dan banyak lagi di mana kesemua watak ini mempunyai peranannya masing-masing dalam merancakkan lagi jalan cerita ini. Selain itu, tiga latar tempat yang sangat penting dalam buku ini ialah Desa Tenggara, Desa Alindera dan Kota Lindrosia.
Dalam Altar Cinta, kisah bermula apabila dua orang pemuda iaitu Jazarul dan Fajjar telah menyelamatkan seorang wanita yang bernama Eva Natasha yang dilihat sedang dalam kecederaan teruk di dalam sebuah hutan. Tanpa mereka mengetahui, Eva Natasha atau Puteri Bintang Utara itu sebenarnya ialah anakanda kepada Maharaja Steinhart, iaitu pemerintah di Kota Lindrosia. Beliau sengaja melarikan diri daripada orang-orang suruhan ayahandanya yang ingin menangkapnya kembali ke istana. Pada waktu yang sama, di Desa Alindera pula, Demang Wali mengamanahkan Akil dan Sufi untuk menjaga sekuntum bunga yang dinamakan Bunga Abadi, yang dikatakan menjadi rebutan para pemuja syaitan. Nah, di sini lah semuanya bermula! Apakah sakti yang terdapat pada Bunga Abadi tersebut sehingga Demang Wali, Akil dan Sufi bersungguh-sungguh ingin menjaganya daripada terlepas ke tangan yang salah? Mengapa pula Eva Natasha tidak mahu kembali ke istana? Dan, apakah kepentingan Jazarul dan Fajjar dalam cerita ini? Untuk mengetahui jawapannya, para pembaca haruslah dapatkan buku ini dengan segera, okay?
Saya secara peribadi sangat menyukai buku ini kerana selain mempunyai tema yang unik, penulis juga tidak lupa untuk memasukkan elemen-elemen ketuhanan dalam naskah mereka ini. Ia dapat dilihat menerusi watak Demang Wali sewaktu beliau ingin menyampaikan amanahnya kepada Akil dan Sufi di mana beliau gemar menggunakan potongan ayat-ayat Al-Quran dan sirah-sirah Nabi sebagai penguat semangat kepada anak-anak buahnya itu.
Selain itu, walaupun terdapat beberapa latar tempat yang berbeza pada satu-satu masa, namun penulis bijak menyusun plot cerita supaya para pembaca tidak terkeliru dengan situasi yang sedang berlaku. Pertukaran latar tempat ini juga tidak menganggu pembacaan saya kerana setiap tempat yang disebut oleh penulis mempunyai signifikannya yang tersendiri.
Saya juga menyukai buku ini kerana penulis menggunakan waktu lampau sebagai latar masa. Ini dapat dilihat melalui satu babak di mana berlakunya peperangan di Desa Tenggara antara pihak istana dan penduduk kampung. Dalam peperangan ini, mereka hanya menggunakan lembing dan pedang sahaja sebagai senjata untuk mempertahankan diri. Saya yakin, kedua-dua alat ini sudah cukup menjadi lambang untuk menunjukkan latar masa bagi buku ini.
Akhir sekali, penggunaan bahasa yang digunakan oleh penulis juga tidak lah terlalu tinggi. Oleh itu, saya percaya bahawa buku ini sesuai dibaca oleh pembaca yang berada pada fasa awal remaja dan seterusnya.
Itu sahaja pendapat saya tentang buku ini. Terima kasih kerana sudi membaca. Assalamualaikum! ❣
GLOSARI
demang
penghulu kampung
harfiah
makna tersurat. (Orang putih kata literally. Hehe)
signifikan
kepentingan
trilogi
siri karya sastera yang terdiri daripada TIGA buah novel dan lain-lain yang saling berhubungan dan mengembangkan sesebuah tema.
RUJUKAN
http://prpm.dbp.gov.my



Wahh bagusnya entri kali ni ada glosari ayat 😍😍😍 tahniah kak farah! Penulisan kali ni sangat sangat kemas dan gaya kupasan pun menarik dan tersusun. Now you've become my inspiration to do better in writing! ❤️
ReplyDeleteYa Allah..alhamdulillah terima kasih farhahh atas komen yg membina ni 😭
DeleteKak farah terfikir nak letak glosari sbb kak farah fikir mgkn ada org yg baru nak berjinak² dlm hobi membaca, jadi mgkn ada perkataan² yg depa tak tahu...
Aishh you are my inspiration too since day oneee ❤❤
Menarik.
ReplyDeleteTerima kasih cik/encik.
DeleteSemoga lebih ramai pembaca tertarik utk membaca karya terbitan alfarikh empire ini.